Thursday, September 26, 2013

Hari ni sangat bosan....tak tahu apa nak buat. Sampai bila aku akan macam ni

Thursday, February 14, 2013

kadang kadang aku terlupa
bagaimana menulis puisi
masakah yang merubah aku?
dah beberapa minggu kebelakangan ni, hidup menjadi sangat bosan.  Bayangkan aku datang kerja tapi tak ada satu kerja pun nak buat. Akhirnya aku asyik mengadap internet...pun sampai aku bosan. Permohonan pertukaran masih tergantung dengan alasan bodoh boss...takut tak de pengganti!...Hey kalau tak de pengganti aku akan tunggu  kat sinilah....

Bukan penggangkutan masalah utama aku nak tukar...tapi masalah dalaman kat ofis yang sangat mengecewakan.  (Masalah pengangkutan hanyalah beberapa persen sahaja yang mengganggu hidup aku. Kebelakangan ini bas dah ok...on time dan sentiasa ada). Semua orang buat macam pejabat sendiri....peraturan sangat longgar.  Disiplin tak tau macam mana nak cakap...yelah pejabat sendiri katakan.


Aku semakin tawar hati untuk berada lebih lama di sini..... semua keputusan pasal kerja boleh buat keputusan sendiri...dahsyat tu. Bila kita berada di sini dan kita tak ada kuasa untuk berbuat sesuatu bagi membetulkan keadaan adalah saat yang sangat mengecewakan....boss sokonglah pertukaran saya.... Biar saya kerja ditempat yang banyak kerja, biar saya tak de masa dan tengok facebook memanjang atau baca blog-blog....