Thursday, September 26, 2013

Hari ni sangat bosan....tak tahu apa nak buat. Sampai bila aku akan macam ni

Thursday, February 14, 2013

kadang kadang aku terlupa
bagaimana menulis puisi
masakah yang merubah aku?
dah beberapa minggu kebelakangan ni, hidup menjadi sangat bosan.  Bayangkan aku datang kerja tapi tak ada satu kerja pun nak buat. Akhirnya aku asyik mengadap internet...pun sampai aku bosan. Permohonan pertukaran masih tergantung dengan alasan bodoh boss...takut tak de pengganti!...Hey kalau tak de pengganti aku akan tunggu  kat sinilah....

Bukan penggangkutan masalah utama aku nak tukar...tapi masalah dalaman kat ofis yang sangat mengecewakan.  (Masalah pengangkutan hanyalah beberapa persen sahaja yang mengganggu hidup aku. Kebelakangan ini bas dah ok...on time dan sentiasa ada). Semua orang buat macam pejabat sendiri....peraturan sangat longgar.  Disiplin tak tau macam mana nak cakap...yelah pejabat sendiri katakan.


Aku semakin tawar hati untuk berada lebih lama di sini..... semua keputusan pasal kerja boleh buat keputusan sendiri...dahsyat tu. Bila kita berada di sini dan kita tak ada kuasa untuk berbuat sesuatu bagi membetulkan keadaan adalah saat yang sangat mengecewakan....boss sokonglah pertukaran saya.... Biar saya kerja ditempat yang banyak kerja, biar saya tak de masa dan tengok facebook memanjang atau baca blog-blog....

Wednesday, August 10, 2011

Thursday, June 23, 2011

ku pendam sebuah duka. no more talk. ...setiap kali bercakap semua kesalahan akan dikembalikan kepada aku.  Aku yang disalahkan atas semua benda yang berlaku.....fine...
ok... hanya Tuhan yang tahu isi hati ku selama ini.....kerana kau masih berdendam atas satu perkara yang aku sendiri tidak tahu atau tak disengajakan, aku juga tidak akan memaafkan saat aku mengandungkan dua zuriat yang dilahirkan..... bersendirian melakukan segalanya, bersendirian kekelinik mengandung, bersendirian dibilik bersalin....bersendirian selepas bersalin..meninggalkan kesan yang sangat mendalam.   Aku telah memaafkan tapi jika kau enggan berterus terang ok fine...kemaafan itu dibatalkan.... Tuhan, maafkan aku aku akan bermula kembali belajar memaafkan dari 'A' mungkin!
Thanks God memberikan aku kekuatan walau pun aku tiada keberanian...
Terima kasih Tuhan memberikan aku ketabahan
terima kasih Tuhan memberikan aku kesabaran
terima kasih Tuhan memberi aku dugaan dan memberi aku  kekuatan walaupun tiada jalan penyelesaian......
Aku telah cukup ikhlas denganmu....
cuba memahami dan meletakan diri ditempatnya dan membandingkan tekanan yang aku terima selepas kelahiran mereka
sangat sedih kerana terpaksa menyimpan dendam bertahun-tahun, tak dapat diluahkan....
melihat orang lain bahagia  aku sendiri tidak pasti bagaimana kasihsayang dan bahagia itu atau hanya lah sekelumit simpati atau rasa hormat dan tanggungjawab?
Dididik dengan garang membuatkan aku ingin menjadi sahabat terbaik untuk anak-anak denga rasa sayang yang sangat ikhlas.....berjayakah aku atau adilkah aku....
dan akhirnya aku terpaksa menerima hakikat, walau apa pun yang berlaku, semua kesalahan akan di letakkan di atas bahuku


catatan 24/06/2011
7.40 pagi

Monday, May 30, 2011

hidup ini bukan komedi- mamat khalid

Baca catatan Mamat Khalid dalam Berita Harian hari ni....cuba renungkan

" Kasih sayang dan zat duniawi ini hanya wujud di kala ia ditarik balik olehNya.  Kita yang hidup ini tidak perlu gentar dengan takdir susah, senang, gembira, duka, sakit dan seram kerana realitinya itu adalah anugerah dariNya. Sambutlah ia dengan tenang dan tariklah nafas merasakan pemberianNya.  Aku lebih menikmati kehidupan dari murung melihat kegelapan"

Aku memang peminat Mamat Khalid

Monday, March 21, 2011

puisi syahdu

selepas berakhir malam pertama
(sajak ni best sangat, tapi tak ingat siapa penulisnya....)


Tika sama-sama melangkah  pelantar pelamin
Erat genggam tanganmu meresap ke urat saraf
dan tulang temulang
Desah nafasmu adalah wangian keramat kamar pengantin
kirai rambutmu sutera timur tabir malam
penuh beerti
embun malam pun terbakar
oleh hangat cintamu mendebar

Seketika diri berada di ranjang khayal
Tatkala kau bisikan  'i love you forever honey.....'
bulan berwajah suram tatkala kau renung wajahku
Aku lah purnama empatbelas yang menyebar sekelian cahaya
Bintang-bintang merajuk panjang oleh kerlip matamu
(kau kata lebih tajam dari pedang yang menusuk tangkai jantungmu)
membunuh segala sinar di langit
segalanya adalah kasturi yang dikirim dari syurga
terpana kita dalam kenikmatan nyaman
belai dari bidadari


Namun jalan yang kita lalui tidak selamanya
beraspal
Kadang kita berlari diantara ranjau yang
merintang
atau sesekali kaki kita terpaksa memijak
kaca melukakan

genggaman tanganmu sering terlepas
ketika melintasi jalan-jalan
jari jemarimu tidak lagi bersentuh mengalir alur kasih
setiap kali kutunjukan bulan
engkau meminta sinarnya padam
seskali kuajak menghitung bintang
kau kata biarlah kerlipnya ditelan malam

aku semakin sepi sendirian
dalam desah yang bertukar menjadi bara
Rambutku pun bertukar menjadi jalur luka
kerlip matamu menjadi serpihan kaca

inikah hukum dan pesona hidup
atau cintmu semakin redup........